suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enjin pesawat rosak, juruterbang terperangkap 36 hari dalam hutan... hanya bertahan dengan roti

Pesawat itu mendarat di kawasan utara Sungai Amazon, menyebabkan kedudukan juruterbang gagal dikesan.

SEORANG juruterbang Brazil susut berat badan selepas terperangkap selama 36 hari di dalam Hutan Amazon.

Antonio 'Toninho' Sena pada 28 Januari lalu menaiki pesawat Cessna 210 dari bandar Almeirim sebelum berlaku kerosakan pesawat yang memaksa dia melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat itu mendarat di kawasan utara Sungai Amazon, menyebabkan kedudukannya gagal dikesan.

Sepanjang 36 hari, dia hanya mengalas perut dengan roti sahaja.

Bagaimanapun, pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan juruterbang itu pada 6 Mac lalu.

Dia turut dibawa ke hospital untuk diberi rawatan selepas diselamatkan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain