suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan penari jadi tular gara-gara rakam gambar bogel ketika melancong

Mereka terperangkap di India sejak setahun lalu kerana pademik Covid-19.

LAIN manusia lain ragamnya.

Begitu juga dengan pasangan ini yang membuatkan ramai bingung dengan sikap mereka.

Pasangan penari profesional, Silke Muys, 29, dari Gent, Belgium dan teman lelakinya, Kieran Shannon, 27, dari Glasgow menjadi popular kerana mengembara ke seluruh dunia dengan cara yang tidak masuk akal.

Mana tidaknya, pasangan itu akan bergambar secara bogel di lokasi pelancongan yang dikunjungi sebelum ia dikongsi ke Instagram.

Antaranya di Vietnam, Kemboja dan Laos.

Namun pengembaraan mereka terhenti sejak setahun lalu gara-gara Covid-19.

"Kami akan kembali mengembara, tapi kami akan pastikan ia selamat terlebih dahulu.

"Kami suka berkongsi pengembaraan bersama orang ramai, kami suka kongsi pengalaman," kata pasangan itu lagi

Untuk rekod, pasangan itu memiliki lebih 20,000 pengikut di Instagram. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain