suria

Kecoh influencer tunjuk implan payudara selepas capai 3 juta ‘followers’

Walaupun mencapai sasaran tiga juta pengikut, Yeferson Cossio melakukan implan payudara sekadar suka-suka. foto Newsflash

INFLUENCER media sosial, Yeferson Cossio, dari Colombia, mencabar adik iparnya, Jhoan Lopez untuk mendapatkan implan payudara sekiranya dia mencapai tiga juta pengikut di laman Instagram.

"Kami membuat taruhan jika dia (Cossio) mencapai tiga juta pengikut, saya harus mendapatkan implan payudara," katanya kepada para peminat.

Lelaki itu membuat pengumuman mengenai cabaran tersebut di akaunnya dua minggu lalu dan dia kemudian mengumpulkan lebih 3.5 juta peminat.

Walaupun memenangi pertaruhan, dia memutuskan untuk pergi menjalani pembedahan tersebut bersama Jhoan, untuk sekadar suka-suka.

Video yang dikongsi di akaun Instagram Cossio menunjukkan influencer bertatu itu baring di bilik pembedahan di klinik, sementara petugas melakukan persiapan untuk pembedahan implan.

Doktor memasukkan dua implan gel silikon ke dalam payudaranya dan menjahitnya selepas pembedahan.

Menerusi klip video berasingan, dia membuat gurauan dengan peminatnya dengan memakai bra merah jambu sebelum mendedahkan dada baharunya.

Klip tersebut mengumpulkan lebih 21,000 komen dan mereka yang menyaksikan rakaman itu terkejut, termasuk berasa lucu.

Bagaimanapun, segelintir individu kesal dengan rakaman itu dan antara komen menyifatkannya sebagai satu tindakan yang memalukan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain