suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek kes dadah kantoi, cuba seludup pistol ke penjara dengan menyorokkannya dalam kemaluan

Pistol kecil (kanan) yang disorokkan di dalam kemaluan Wilhite. Foto: Boone County Sheriff’s Office

KAKITANGAN sebuah penjara menemui sepucuk pistol kecil yang disorok di dalam kemaluan seorang suspek kes dadah.

Suspek bernama Amy Wilhite yang berusia 39 tahun itu pada mulanya berjaya 'menyeludup' senjata berkenaan di dalam farajnya ketika dia disumbat ke penjara Boone County, Missouri pada Hari Valentine.

Kakitangan penjara pada mulanya melakukan pemeriksaan terhadap Wilhite tetapi gagal mengesan sebarang senjata.

Wilhite dipercayai mengeluarkan senjata tersebut dari tubuhnya dan menyembunyikannya di tempat lain setelah berjaya mengelak daripada pemeriksaan ketika ditahan di penjara.

Hanya pada hari ke-17 suspek wanita itu ditahan, akhirnya pistol kecil yang boleh memuatkan lima butir peluru itu ditemui selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan.

Dengan penemuan senjata api itu, wanita tersebut berdepan dengan satu lagi dakwaan tambahan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain