suria

Padah ‘buru hantu’, 4 individu didenda langgar peraturan Covid-19

Polis mengesan pergerakan kereta yang mencurigakan. foto South Wales Police

SEKUMPULAN 'pemburu hantu' yang mengembara sejauh 97 kilometer untuk melakukan aktiviti paranormal didenda oleh polis kerana melanggar peraturan 'perintah berkurung'.

Keempat-empat individu itu masing-masing dikenakan denda setelah mengembara melalui Wales untuk memburu hantu dan menerokai istana berhantu di Mumbles di Wales.

Menurut laporan Wales Online, anggota polis mengesan kumpulan tersebut menaiki kereta dalam kegelapan, awal pagi 5 Mac.

Kesemua mereka menempuh perjalanan sejauh 97 kilometer dari Cwmbran ke bandar tepi pantai di Swansea.

Melaporkan mengenai kejadian itu, anggota dari Polis South Wales menyifatkan ia sebagai pelanggaran peraturan Covid-19.

Denda dikenakan ke atas mereka. Pemandu juga didapati tidak mempunyai lesen memandu dan insurans kenderaan.,

Kereta turut disita dalam kejadian itu.

Sekatan tahap empat dikenakan di Wales sejak 20 Disember lalu.

Peraturan di negeri itu hanya membenarkan perjalanan penting dan sebarang pergerakan perlu bermula dan berakhir dari rumah. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain