suria

Kanak-kanak 8 tahun ‘hilang’ ketika mandi sungai dengan adik, mayat ditemui dalam perut buaya

Penduduk membelah perut buaya untuk mengeluarkan mayat kanak-kanak malang tersebut. Foto: Newsflash

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dibaham buaya ketika dia berenang di sungai bersama adiknya.

Kejadian tersebut berlaku pada Rabu lalu, di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia.

Bapa kanak-kanak malang itu nekad cuba mengejar dan bergelut dengan reptilia tersebut tanpa menggunakan apa-apa senjata, kata seorang pegawai operasi misi mencari dan menyelamat.

Penduduk tempatan berjaya menangkap buaya sepanjang enam meter itu pada keesokan harinya lantas membelah perut reptilia berkenaan bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Dalam satu rakaman yang tular, kelihatan pegawai penyelamat menarik keluar mayat kanak-kanak tersebut daripada perut buaya berkenaan sambil disaksikan keluarga mangsa yang tidak dapat menahan tangisan.

Pegawai penyelamat berkata sungai itu terkenal sebagai habitat buaya.

"Penduduk selalu pergi ke sungai berkenaan untuk mandi dan mengambil air untuk kegunaan harian," ujarnya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain