suria

Mimpi ngeri! Wanita temui bilik rahsia bawah tanah, banyak kamera dipasang di rumah sewa

Penemuan oleh seorang wanita di rumah sewa. foto vtmegs/TikTok

SEORANG wanita digemparkan dengan penemuan bilik rahsia bawah tanah di rumah sewanya.

Penemuan yang diibaratkannya sebagai mimpi ngeri, dirakamkan dan menjadi tular di media sosial.

"Kami baru menyewa sebuah rumah baru dan terdapat pantri.

"Namun, kami tertanya-tanya mengapa pintu pantri mempunyai kunci, kerana ia kelihatan seperti almari.

"Dan bila saya buka pintu, saya mendapati terdapat pintu lain di lantai.

"Saya terkejut kerana mereka tidak menyebut ada ruang bawah tanah atau apa-apa dalam senarai. Jadi, saya mahu membukanya," katanya.

Wanita itu bersama suaminya berpindah dari San Francisco, Amerika Syarikat dan menyewa sebuah rumah di Los Angeles (LA).

Sebaik pintu di lantai dibuka, terbongkar tangga batu yang menuju ke ruang bawah yang gelap.

Menerusi video berasingan, wanita itu kemudian menunjukkan sejumlah kamera keselamatan yang dipasang di beberapa bilik di sekitar rumah.

Ini termasuk bilik tidur utama, ruang makan dan ruang tamu.

Pasangan suami isteri itu kemudian menemui wayar yang menghubungkan dengan kamera-kamera tersebut yang disambungkan ke sebuah almari di tingkat bawah.

Rata-rata komen netizen yang menonton rakaman itu berpendapat bahawa keadaan yang dialami pasangan tersebut begitu menyeramkan. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain