suria

Kapal karam, askar sanggup terjun laut demi selamatkan 2 ekor anak kucing

Posting mengenai misi itu turut menerima lebih 161,000 tontonan di Twitter.

SEORANG tentera laut di Thailand menerima pujian ramai apabila sanggup berenang untuk menyelamatkan dua ekor anak kucing.

Kejadian berlaku selepas sebuah kapal karam akibat terbakar di pulau di Koh Lipe, baru-baru ini.

Sewaktu misi untuk menyelamatkan anak kapal, pasukan tentera menyedari hal itu sebelum seorang pegawai dikenali sebagai Wichit Pukdeelon terjun ke laut demi mendapatkan dua ekor haiwan berkenaan.

"Saya guna kamera untuk zoom kapal itu. Kemudian saya nampak dua ekor anak kucing," ujar tentera itu.

Menerusi misi pada Selasa lalu, dua kucing itu berjaya diselamatkan dan kisah penuh inspirasi itu dikongsi menerusi Twitter.

Posting mengenai misi itu turut menerima lebih 161,000 tontonan di Twitter. - India Today.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain