suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurang usia 46 tahun, CEO Amerika lamar influencer dari Vietnam

Pasangan ini jatuh cinta apabila Wynn (kiri) berkunjung ke Vietnam. foto Newsflash

SEORANG ahli perniagaan berusia 72 tahun melamar teman wanitanya berusia 26 tahun untuk berkahwin, dan pasangan itu terbuka mengenai hubungan mereka.

Kisah cinta itu membabitkan influencer cantik, Co Ngan dari Vietnam dan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat warga Amerika Syarikat (AS), Wynn Katz.

Pasangan tersebut mengadakan parti pertunangan mewah minggu ini bagi meraikannya.

Ratu cantik itu berkata: "Saya tahu Katz menerusi rangkaian sosial.

"Lama-kelamaan kami mempunyai perasaan antara satu sama lain," tambah Co.

Wanita berusia 26 tahun itu mempunyai kira-kira 170,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Co juga menyertai pertandingan ratu cantik dan berkongsi tip peragaan dan fesyen secara dalam talian.

Dalam pada itu, Co mendakwa, dia tidak menyedari jurang umur mereka apabila bersama teman lelakinya.

Menurutnya, mereka bersama adalah kerana keserasian dan bukannya disebabkan oleh kekayaan Wynn. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain