suria

Jutawan Perancis Olivier Dassault maut nahas helikopter

(gambar fail) Olivier Dassault maut dalam nahas helikopter di Perancis. foto Reuters

SEORANG jutawan Perancis yang juga ahli politik, Olivier Dassault maut dalam nahas helikopter di utara negara itu, pada Ahad.

Helikopter yang dinaiki Dassault terhempas di bandar Touques di Normandy.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu merupakan orang terkaya ke-361di dunia.

Dilaporkan terdapat seorang lagi mangsa lelaki dalam kejadian itu.

Laporan awal menunjukkan Dassault yang berusia 69 tahun, tidak menerbangkan helikopter ketika kejadian.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerusi ciapan di akaun Twitter memberi penghormatan kepada Ahli Parlimen itu, dengan mengatakan Dassault tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara.

"Kematian Dassault satu kerugian besar kepada negara dan ucapan takziah kepada keluarga Dassault," kata Macron.

Dassult merupakan anak sulung jutawan Perancis, mendiang Serge Dassault, di mana syarikatnya mengeluarkan pesawat tempur Rafale dan memiliki surat khabar Le Figaro.

Dassault menjadi anggota parlimen untuk parti konservatif Republikan sejak 2002, dan merupakan orang terkaya ke-361 di dunia, selain dua beradiknya.

Juruterbang yang berkelayakan itu pertama kali mencatat rekod kelajuan dalam Dassault Falcon 50 yang melakukan penerbangan dari New York ke Paris pada 1977. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain