suria

Putera Harry, Meghan letak empat ‘syarat’ untuk wawancara kontroversi bersama Oprah

(gambar fail) Putera Harry (kiri) dan Meghan (tengah) membuat pendedahan dalam wawancara bersama Oprah (kanan). foto AFP

MENERUSI pembukaan wawancara Meghan Markle bersama Oprah Winfrey, legenda TV itu menjelaskan bahawa tiada topik yang disekat sepanjang program tersebut bersiaran.

Dan beliau menepati janji, bertanyakan soalan-soalan 'panas' kepada Duchess of Sussex itu dan suami, Putera Harry, berkaitan dengan perkauman dalam keluarga diraja Britain, monarki diraja dan kesihatan mental.

Namun, pasangan itu dilaporkan mempunyai empat tuntutan untuk bagaimana wawancara mereka digunakan oleh penyiar yang membayar sejumlah besar bagi membolehkannya dipertontonkan ke seluruh dunia, termasuk ITV.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak persoalan belum dijawab... Meghan bongkar hasrat bunuh diri, dakwa keluarga diraja rasis, ada pihak buat dirinya menangis

Rangkaian itu membayar £1 juta (RM5.7 juta) untuk hak penyiaran program selama dua jam pada Isnin malam, yang menjangkakan jumlah tontonan yang luar biasa.

Seramai 17.1 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) menonton rancangan itu, menjadikannya sebagai program TV khas kedua yang meraih tontonan kedua tertinggi, tahun ini.

Menurut laporan The Australian, Meghan dan Harry mengatakan bahawa rancangan itu mesti digunakan sepenuhnya dan tidak boleh disunting dengan cara apa sekalipun.

Syarat kedua yang ditetapkan oleh pasangan itu ialah iklan untuk rancangan tersebut tidak boleh disunting sama sekali.

Ketiga, mereka mengatakan bahawa sinopsis rancangan, yang terdapat dalam panduan program, tidak boleh disunting.

Dan keempat, pasangan itu memaklumkan bahawa penyiar hanya dibenarkan menggunakan gambar dan video yang disedikan mereka untuk mempromosikan rancangan tersebut.

Selepas program itu ditayangkan di AS, dakwaan Meghan dan Harry dianalisis dan dibincangkan secara meluas.

Momen yang paling mengejutkan apabila pasangam tersebut mendakwa seorang ahli keluarga diraja Britain bimbang mengenai warna kulit anak mereka. Archie. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain