suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu kecewa, jemput 1 kelas tapi hanya 8 orang datang ke majlis hari jadi anaknya

10 orang memberi respon dan hanya lapan daripada mereka yang hadir. (Gambar Hiasan)

KEGEMBIRAAN seorang ibu menganjurkan parti hari jadi anaknya bertukar duka apabila dia hanya menerima kehadiran lapan orang tetamu.

Menurut wanita dari Australia itu, dia menjemput kesemua rakan sekelas anaknya.

Namun, 10 orang memberi respon dan hanya lapan daripada mereka yang hadir.

Wanita itu turut berkongsi foto kek berbentuk unicorn yang disediakan di majlis itu.

"Saya rasa kecil hati. Mungkin lain kali saya hanya perlu jemput teman rapat sahaja.

"Tak berbaloi dengan usaha," kata wanita itu.

Dalam pada itu, perkongsian wanita itu di internet turut disambut oleh kaum ibu lain yang pernah mengalami pengalaman serupa.

Namun ada juga netizen yang tampil memberi penjelasan dan meminta dia tidak bersangka buruk dengan tetamu yang tidak hadir itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain