suria

‘Balas dendam’ selepas ditinggalkan kekasih kerana gemuk, wanita berjaya turunkan separuh berat badan!

Josie berjaya menurunkan berat badannya daripada 136 kilogram kepada 72 kilogram. Foto: Instagram

GARA-GARA ditinggalkan kekasih kerana gemuk, wanita ini nekad 'membalas dendam' dengan melakukan transformasi terhadap berat badannya.

Josie, dari Los Angeles mempunyai berat badan sekitar 136 kilogram ketika berpisah dengan teman lelakinya pada Januari 2018.

"Saya menjalinkan hubungan cinta dengannya selama tiga tahun. Namun dia tinggalkan saya dua hari selepas tahun baru dan segala-galanya bermula sejak itu.

"Sesuatu dalam diri saya berbisik 'lepaskan saja' dan ia sebenarnya merupakan titik mula saya bertindak.

"Saya masih ingat lagi detik pergi ke gimnasium dan saya keliru, takut. Saya dapatkan khidmat pelatih peribadi yang memberi panduan mengenai bagaimana untuk makan dan bersenam," katanya.

Hasil kerja kerasnya, Josie berjaya menurunkan hampir separuh daripada berat badannya.

Dia kini tampil lebih langsing dengan berat sekitar 72 kilogram.

Wanita berusia 29 tahun ini juga membantu memotivasikan individu lain yang mahu menurunkan berat badan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain