suria

Monumen ikonik Taj Mahal ditutup sementara waktu selepas polis terima panggilan ancaman bom

Polis giat mengesan bahan letupan di monumen ikonik itu selepas menerima panggilan daripada individu tidak dikenali.

MONUMEN ikonik Taj Mahal di Agra, India ditutup buat sementara waktu selepas polis menerima panggilan ancaman bom, pada Khamis.

Panggilan daripada individu yang tidak dikenali itu mendakwa terdapat bahan letupan yang diletakkan di kawasan monumen tersebut.

Berikutan panggilan tersebut, pihak berkuasa menggerakkan operasi bagi mengesan bahan letupan berkenaan.

Dilaporkan, pemanggil itu menghubungi talian kecemasan polis 112 dan mendakwa beberapa jenis bahan letupan diletakkan di 'monumen cinta' yang boleh meledak bila-bila masa.

Para pelancong yang mengunjungi Taj Mahal juga diarahkan untuk meninggalkan lokasi sementara usaha mengesan bahan letupan giat dijalankan.

Bagaimanapun, polis percaya panggilan tersebut merupakan panggilan ancaman palsu.

Taj Mahal adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkemuka di India, di mana ia menarik seramai 70,000 orang pengunjung setiap hari. - Timenownews.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain