suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hidupan aneh tanpa wajah sepanjang 23 kaki ditemui terdampar di pantai UK, pakar bingung kenal pasti ‘identiti’

Makhluk aneh yang sudah reput ditemui di Pantai Broad Haven South, Wales. Foto: Marine Environmental Monitoring/Pen News

SEEKOR haiwan laut misteri yang besar tanpa wajah telah ditemui di pantai United Kingdom (UK) sehingga membuatkan pakar bingung bagi mengenalpasti 'identiti' sebenar haiwan berkenaan.

Para saintis akan melakukan penyelidikan bagi menyiasat makhluk aneh sepanjang 23 kaki itu setelah ia ditemui di Pantai Broad Haven South di Pembrokeshire, Wales.

Dianggarkan beratnya mencapai empat tan tetapi dengan bangkainya yang sudah mereput menyebabkan pakar sukar membuat anggaran yang tepat.

Ketika ini sampel haiwan berkenaan sudah diambil untuk diuji.

Gambar yang diambil dari tempat kejadian menunjukkan bangkai haiwan tersebut yang berwarna kelabu dan sudah mulai mereput, selain kelihatan tulang temulang di beberapa bahagian badan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain