suria

Jet supersonik terbang dari London ke New York dalam 2 jam, dijangka beroperasi pada 2028

Spike S-512 Supersonic boleh membawa 18 penumpang pada satu-satu masa dan dijangka bakal digunakan menjelang tahun 2028.

PANTAS!

Itulah kata-kata yang tepat untuk menggambarkan kelajuan jet supersonik ini.

Pesawat keluaran Spike Aerospace itu mampu terbang dari London ke New York dalam tempoh 2 jam sahaja.

Dari segi kapasiti, Spike S-512 Supersonic boleh membawa 18 penumpang pada satu-satu masa dan dijangka bakal digunakan menjelang tahun 2028.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Vik Kachoria, dia yakin ramai individu di luar sana gemar untuk mengembara dalam tempoh yang pantas.

"Sejak awal, memang semua orang nak bergerak dengan laju.

"Dapat bergerak ke satu-satu tempat dengan laju juga boleh meningkatkan lagi peluang. Nak naik unta? Atau terbang merentasi laut Atlantik dalam enam jam atau naik kapal selama empat minggu?

"Bayangkan perjalanan enam jam disingkatkan kepda tiga jam.

"Itulah yang ditawarkan oleh jet supersonik," ujarnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain