Gambar menunjukkan jemaah menunaikan solat di hadapan Kaabah dengan penjarakkan sosial pada 26 Februari baru-baru ini - Reuters
KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi memutuskan hanya bakal jemaah haji yang mendapatkan vaksin Covid-19 dibenarkan menunaikan Rukun Islam kelima itu, lapor akhbar Saudi Okaz. "Vaksin Covid-19 adalah wajib bagi mereka yang ingin menunaikan haji dan akan menjadi salah satu syarat utama," demikian laporan tersebut, yang memetik surat pekeliling yang ditandatangani oleh menteri kesihatan. Pada tahun 2020, kerajaan negara tersebut membuat keputusan mengehadkan bilangan jemaah haji kepada 1,000 orang sahaja dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengelakkan penularan virus Covid-19. Ibadah haji sebelum ini biasanya dihadiri lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia. Haji adalah satu daripada lima Rukun Islam dan umat Islam yang berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan dituntut menunaikannya sekali seumur hidup. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!