Turki, Greece dilanda gempa bumi kuat... air laut melimpah atas jalan

Di bandar Izmir misalnya, 20 bangunan runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 itu.

GEMPA bumi yang melanda Laut Aegea pada Jumaat mengakibatkan gegaran kuat dirasai di Turki dan Greece sehingga menyebabkan enam individu terbunuh.

Di bandar Izmir misalnya, 20 bangunan runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 itu.

Malah, di Turki sahaja, kejadian itu turut menyebabkan lebih 200 individu mengalami kecederaan.

Menerusi foto tersebar, banyak kenderaan rosak akibat dihempap runtuhan bangunan.

Rakaman dari stesen televisyen turut memaparkan air melimpahi jalan di Cesme dan Seferihisarin.

Selain itu, ia turut melanda kasawan Samos di Greece yang mana ia disifatkan sebagai tsunami mini.

Namun sehinga kini tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan. - CNN.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain