suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakam foto bertemakan Halloween, wanita dikecam biarkan anak kecil pegang otak

Kamden duduk di dalam bekas berisi darah sambil memegang otak palsu menerusi sesi 'photoshoot' oleh ibunya.

SEORANG wanita dikecam kerana menjalankan sesi 'photoshoot' bertemakan Halloween dengan anaknya yang berusia setahun.

Bobbi Rylant, 27, dari Yukon, Oklahoma, Amerika Syarikat menggunakan otak dan darah palsu menerusi sesi tersebut sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Menerusi foto dikongsi, anak lelakinya, Kamden duduk di dalam bekas berisi darah sambil memegang otak palsu.

Foto itu dirakam sekitar sebulan yang lalu.

Setelah berkongsi foto di laman sosial, dia menerima banyak mesej berunsur kebencian dan kecaman.

Malah, ada yang berpendapat dia tidak patut dikurniakan anak.

Namun kata wanita itu, dia juga ada menerima komen-komen positif.

Katanya lagi, ia diinspirasikan berdasarkan filem The Walking Dead. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain