suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta sport bertukar kepada 'pesawat mini' kurang tiga minit

Kereta futuristik ini boleh terbang sehingga ketinggian 1,500 kaki.

IMPIAN orang ramai untuk melihat kereta terbang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Sekumpulan juruteknik mentransformasi kereta sport menjadi 'pesawat mini' menyerupai DeLorean Doc Brown dalam filem Back to the Future.

Kenderaan futurisitik yang dibangunkan Klein Vision, sebuah firma yang berpangkalan di Slovakia itu boleh bergerak di atas jalan raya dan bertukar kepada kereta terbang dalam tempoh kurang tiga minit.

Video ujian penerbangan menunjukkan kereta sport dua tempat duduk itu dengan kabin seperti kokpit berlepas di lapangan terbang Piestany di Slovakia.

Kereta seberat 1,100 kilogram (kg) itu dapat menampung berat tambahan 200kg setiap penerbangan.

Firma tersebut berharap dapat melihat kenderaan itu digunakan untuk aktiviti riadah atau sebagai teksi terbang dalam masa terdekat. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Jong-un temui cinta baru?

Artikel Lain