suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu anak 5 sebak terima sumbangan makanan daripada individu tak dikenali, siap ada nota menyentuh hati!

Sumbangan makanan serta sekeping nota menyentuh hati yang ditinggalkan di depan pintu rumah Emma. Foto: Cheshire Live

SEORANG ibu lima anak terharu apabila menerima bungkusan makanan yang diletakkan di hadapan pintu oleh individu yang tidak dikenalinya.

Emma Frost, dari Blacon, Chester, berkata di samping beberapa bungkusan makanan tersebut, individu yang merahsiakan identitinya itu turut meninggalkan nota tulisan tangan yang menyentuh hati.

Individu itu menulis bahawa sumbangan tersebut adalah 'pemberian keluarga kami kepada keluarga anda'.

Menurut Emma, mereka mendengar bunyi ketukan di pintu sebelum salah seorang anaknya pergi untuk membukanya dan menemui dua plastik besar barangan makanan, dan lima bungkusan makanan tengahari.

"Semasa membaca nota itu, saya sebak dan tertanya-tanya. Ia sama sekali tidak dijangka," kata Emma.

Nota tulisan tangan itu berbunyi: "Hai Emma, saya melakukan sumbangan makanan untuk komuniti, dan seseorang telah mencadangkan nama anda sebagai salah seorang yang layak menerimanya.

"Saya juga menyediakan makanan tengah hari untuk kanak-kanak setiap Isnin hingga Jumaat. Sekiranya anda tidak mahu menerima makanan tengah hari untuk anak-anak, hantarkan saya mesej. Jika sebaliknya, saya akan menghantarnya antara jam 10.30 pagi dan 12 tengah hari".

Emma menyifatkan sumbangan makanan itu adalah satu bentuk 'sokongan luar biasa' kepada keluarga mereka yang sedang kini sedang menjalani kuarantin selepas saudara kandungnya dikesan positif Covid-19. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain