Guna wang hasil jual bayi lelaki untuk beli gula-gula, pakaian tiga anak

Chechena menjual bayi lelakinya kepada pasangan suami isteri yang dikenalinya menerusi seorang kenalan.

SEORANG wanita didakwa menjual bayi lelakinya yang baru lahir di pasaran gelap pada harga 250 pound sterling (RM1,350).

Lebih mengejutkan dia menggunakan wang tersebut untuk membeli gula-gula dan pakaian anak yang lain.

Chechena, 30, yang sudah mempunyai tiga orang anak disahkan hamil awal tahun ini.

Dia didakwa menjual bayi lelakinya itu kepada pasangan suami isteri yang dikenali menerusi seorang kenalan.

Polis Rusia terpaksa campur tangan selepas pegawai penjagaan kanak-kanak yang mengetahui dia hamil menyedari ketiadaan bayinya yang baru dilahirkan.

Namun Chechena memberitahu polis bahawa dia menggunakan pasport wanita yang membeli bayinya itu untuk mendaftar di sebuah hospital pada April lalu.

Sebaik saja bayi itu dilahirkan, seorang jururawat difahamkan telah menyerahkan bayi itu kepada seorang lelaki yang bersama Chechena yang juga suami kepada pembeli tersebut.

Chechena dan pasangan suami isteri itu boleh dihukum dipenjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah atas pertuduhan melanggar undang-undang pemerdagangan kanak-kanak. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
jual anak, bayi lelaki, bersalin

Artikel Berkaitan

Artikel Lain