suria

Wanita maut selepas bertarung nyawa lahir anak sendirian di dalam penjara

Jackson bersalin sendirian semasa di dalam penjara.

SEORANG wanita yang bersalin bersendirian di dalam penjara meninggal dunia 18 bulan selepas insiden tersebut.

Tammy Jackson, 35, menghembuskan nafas terakhirnya di Pembroke Park, Florida pada Selasa.

Dia bertarung nyawa selama tujuh jam untuk melahirkan anaknya di Penjara Broward County di saat jeritan meminta tolongnya tidak diendahkan.

"Ia amat mengerikan. Ketika bayi saya terjatuh, saya terpaksa membongkokkan badan untuk mengambilnya dan tidak putus-putus minta maaf.

"Saya tidak bermaksud perkara itu akan berlaku. Bayi saya masih menangis," kata Jackson.

Peguamnya, Gordon Weekes Jr memberitahu New York Times bahawa Jackson melalui proses bersalin seorang diri tanpa bantuan doktor disisinya.

Katanya lagi, apa yang berlaku kepada Jackson ternyata memberi kesan kepada kehidupannya.

"Trauma saat melahirkan masih menghantuinya. Sukar untuk membayangkan bagaimana dia melalui saat itu bersendirian," katanya.

Kejadian itu mendorong badan perundangan negara itu untuk mengambil tindakan setelah perwakilan menyedari tidak ada undang-undang yang melindungi wanita hamil semasa ditahan di dalam penjara.

Akta Tammy Jackson diluluskan pada 2020 yang memberi jaminan untuk melindungi kesihatan wanita hamil semasa di dalam penjara. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain