suria

Ngeri! Lelaki terjatuh lubang sedalam 4.5 meter ketika tunggu bas, dikerumuni sejumlah tikus sampai tak boleh jerit

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa sedang berjalan ke sebuah hentian bas. -foto CBS NY

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki terjatuh ke dalam sebuah lubang ketika menunggu bas.

Insiden yang mengejutkan itu dirakamkan di Bronx di New York City di Amerika Syarikat, mengakibatkan mangsa dikerumuni sejumlah tikus.

Keadaan itu menghalang mangsa untuk menjerit kerana tikus boleh masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian yang berlaku pada 24 Oktober lalu menunjukkan seorang lelaki berusia 33 tahun berjalan menuju ke sebuah hentian bas, sebelum dia terjatuh ke dalam lubang.

Lubang tersebut dikatakan muncul secara tiba-tiba selepas penutupnya terbuka di lantai dekat hentian bas.

Mangsa terjatuh secara menegak dengan tangannya cuba mencengkam, sebelum hilang dari pandangan kerana termasuk ke bawah tanah.

Orang ramai yang terkejut dengan kejadian yang berlaku, tetapi tidak dapat menyelamatkan mangsa.

Menurut laporan CBS NY, lubang tersebut membuatkan mangsa terperangkap sedalam 4.5 meter.

Pasukan bomba kemudian berjaya mengeluarkan mangsa, dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Bercakap kepada CBS2, abang mangsa, Greg White berkata, adiknya dalam keadaan stabil tetapi masih terkejut selepas mengalami insiden yang mengejutkan itu.

"Tikus-tikus mengerumuni dia hingga tak dapat bergerak. Dia tidak boleh menjerit kerana bimbang tikus akan masuk ke dalam mulutnya," katanya. - Daily Star



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain