suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi! Model sorok telefon dalam poket seluar, berjaya rakam aksi lelaki gatal yang mengintai dirinya

Trend rakaman secara sembunyi itu mula dipopularkan menerusi aplikasi TikTok.

SEORANG wanita di Miami sengaja meletakkan telefon bimbitnya dalam poket belakang seluar sambil membuat rakaman video secara sembunyi.

Hasilnya, model itu berjaya merakam aksi beberapa lelaki mata keranjang yang tidak berkelip melihat anggota tubuhnya sewaktu dia berjalan melewati mereka.

"Saya mahu tengok berapa ramai lelaki pandang saya," kata Alexas Morgan, 24, pada permulaan video.

Malah, dia turut berkongsi hasil rakaman itu menerusi Instagram.

Dalam video itu, beberapa lelaki di sebuah bar memandang tepat ke arahnya sewaktu dia sedang berjalan.

Malah, dia turut membuat rakaman sama di sebuah pasar raya.

Difahamkan, trend rakaman secara sembunyi itu mula dipopularkan menerusi aplikasi TikTok.

Sehingga kini, video dikongsi model itu turut menerima lebih 120,000 tanda suka (likes). - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain