suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hidup bersama sampah, adik terkejut temui banyak botol berisi air kencing dalam bilik kakak

Rakaman menjijikkan itu turut menjadi tular sehingga menerima 6.6 juta tontonan.

HIDUP dalam sampah sarap.

Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita yang terkejut apabila dia berpindah ke bilik kakaknya.

Menurut Colleen Cameron dari Massachusetts, Amerika Syarikat, dia menemui banyak botol berisi air kencing dan sampah sarap di dalam bilik yang pernah didiami kakaknya itu.

"Di sini saya sedang mencuci dan bilik ini akan menjadi bilik saya," kata wanita itu menerusi satu rakaman video.

Malah, ia turut menjadi tular sehingga menerima 6.6 juta tontonan.

Selain itu, bilik kakaknya itu juga dipenuhi dengan sisa makanan.

Malah, dia turut mempersoalkan tindakan kakaknya yang sanggup kencing di dalam botol.

Menerusi perkongsiannya, dia mendedahkan menghabiskan beberapa jam untuk mengemas bilik berkenaan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain