Enggan pakai pelitup muka, lelaki mengamuk pecahkan botol dalam pasar raya

Pelaku bertindak di luar batasan apabila mula memecahkan botol minuman keras di dijual di pasaraya berkenaan selepas diminta memakai pelitup muka.

PEMAKAIAN pelitup muka boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Malah, pemakaian itu juga sudah diwajibkan di banyak negara.

Terbaharu, seorang lelaki di Drogheda, County Louth, Ireland mengamuk kerana enggan memakai pelitup muka sewaktu kunjungannya ke sebuah pasar raya.

Sebagai tanda protes setelah diberitahu agar memakai pelitup muka, dia bertindak di luar batasan apabila mula memecahkan botol minuman keras yang dijual di pasaraya berkenaan.

"Hari yang sedih melihat kerana dapat lihat semua botol minuman keras itu terbazir begitu sahaja," ujar seorang lelaki yang berkongsi video amukan itu.

Menurut saksi, kejadian berlaku pada Rabu dan polis kini sedang menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, pihak pasar raya turut mengesahkan kejadian tersebut.

Namun, operasi perniagaan berjalan seperti biasa. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain