suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik kelab malam enggan bayar kompaun selepas langgar SOP, ugut mahu jumpa polis di mahkamah

Pengunjun bebas bergembira tanpa menghiraukan penjarakkan sosial sewaktu acara berlangsung.

SEORANG pemilik kelab malam di Birmingham, England enggan membayar kompaun kepada pihak berkuasa selepas menganjurkan satu acara tatkala Covid-19 masih menular di negara itu.

Lebih teruk, pemilik berkenaan turut mencabar polis dan mengugut untuk bersemuka dengan pihak berkuasa di mahkamah.

Menerusi serbuan pada 17 Oktober lalu, polis menahan 120 pengunjung kelab berkenaan sewaktu satu acara sedang berlangsung.

Sewaktu serbuan, polis terus mengenakan kompaun selepas mendapati kelab itu melanggar garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19.

Difahamkan, pengunjung bebas bergembira tanpa menghiraukan penjarakkan sosial sewaktu acara berlangsung.

Malah, mereka juga tidak mengenakan pelitup muka. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain