Nelayan terkejut temui bangkai buaya gergasi 4.5 meter, sejumlah pukat dalam perut

Rikus Muller dan rakannya bergambar bersama bangkai buaya yang ditemui mereka ketika memancing. -foto Rikus Muller/Newsflash

DUA nelayan dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor buaya sepanjang 5.4 meter.

Haiwan reptilia itu dikatakan mati selepas cuba menelan pukat mereka.

Bangkai buaya gergasi itu itu ditemui di Flag Boshielo Dam di bandar Marble Hall di wilayah Limpopo di Afrika Selatan.

Bercakap kepada agensi berita Newsflash, Rikus Muller berkata: "Kami memancing pada Sabtu 10 Oktober lalu. Kami kemudian mengesan sesuatu yang terapung di dalam air dan menyedari bahawa itu adalah belakang kaki buaya."

Mereka memusingkan bot tersebut untuk melihat secara dekat kerana objek berkenaan tidak bergerak.

"Saya fikir ia mungkin mati jadi saya sangkutnya dengan pukat saya," kata Muller.

Muller pada mulanya tidak mengetahui punca kematian buaya tersebut.

Bagaimanapun, bangkai buaya itu kemudian dialihkan dan pemeriksaan mendapati sejumlah pukat di dalam perut haiwan tersebut. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain