suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengawal keselamatan simbah kucing bunting dengan air panas gara-gara ‘makan sosej’

Klip rakaman video yang menunjukkan keadaan seekor kucing bunting yang disimbah dengan air panas. -foto Weibo

SEORANG lelaki dipecat selepas menyimbah air panas pada seekor kucing bunting.

Kejadian itu menyebabkan kucing berkenaan dan anak di dalam kandungannya mati.

Lelaki berkenaan yang merupakan pengawal keselamatan menangkap kucing terbiar itu dan meletakkannya di dalam sangkar sebelum menyimbah dengan air panas.

Dia didakwa melakukan tindakan kejam itu selepas mempercayai haiwan itu telah memakan sosejnya.

Rakaman mengenai insiden yang berlaku di Taiyuan di wilayah Shanxi di China itu tular di media sosial selepas dimuat naik pada Isnin lalu.

Video tersebut dimuat naik menerusi media sosial China iaitu Weibo sehingga membangkitkan kemarahan netizen.

Walaupun kucing itu dikejarkan ke klinik haiwan selepas dikesan oleh seorang orang awam, namun dilaporkan ia bersama empat anak di dalam kandungannya mati.

Menurut laporan South China Morning Post, majikan kepada pengawal keselamatan itu telah memecat lelaki berkenaan dan membayar 5,000 yuan (RM3,110) kepada kumpulan perlindungan haiwan Taiyuan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain