Pasangan maut angkara jeruk ‘beracun’, dua anak kecil tinggal 3 hari di sisi mayat ibu bapa sebelum ditemui ibu saudara

Dua kanak-kanak kecil itu ditemui di sisi ibu bapa mereka yang sudah tiga hari meninggal dunia. Foto: VK.Com

MENYAYAT hati! Dua kanak-kanak kecil ditemui di samping mayat kedua-dua ibu bapa mereka yang sudah tiga hari tidak bernyawa, dipercayai gara-gara termakan jeruk 'beracun'.

Dua beradik yang berusia lima tahun dan setahun itu ditemui oleh saudara mara yang bimbang selepas tidak dapat menghubungi kedua-dua ibu bapa mereka, Alexander dan Viktoria Yakunin.

Panggilan telefon ke rumah Alexander dan Viktoria di Bolshoye Kuzymokino, Russia dijawab oleh anak sulung pasangan malang itu yang memberitahu bahawa ibu dan bapanya 'tidur lama dan bertukar kehitam-hitaman'.

Adik Alexander, Natalia Bakulina, 36, bergegas ke flat yang didiami abangnya dan menemui mayat lelaki itu dan isterinya di atas katil lalu segera menghubungi polis dan paramedik.

Difahamkan Alexander telah diberi sebalang jeruk buatan neneknya sehari sebelum kejadian tragis itu, di mana balang jeruk itu ditemui terbuka di dapur.

Dipercayai bahawa toksin botulinum daripada jeruk tersebut menjadi punca kepada kematian pasangan berkenaan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain