suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nenek 104 tahun di pusat jagaan orang tua merayu mahu jumpa keluarga sebelum meninggal dunia

Mary (tengah) sudah tujuh bulan tidak bersemuka dengan anak-anaknya.

SEORANG wanita berusia 104 tahun yang sudah tujuh bulan tingal di sebuah rumah jagaan orang tua membuat rakaman video penuh emosi untuk bertemu keluarganya.

Ujar Mary Fowler, dia begitu sedih dan hampa kerana gagal bertemu keluarganya akibat pandemik Covid-19.

"Saya perlu jumpa keluarga saya," ujarnya dalam video berkenaan.

Menurut pesara itu, anak-anaknya gagal untuk datang melawat disebabkan pandemik yang sedang melanda.

Berada di sebuah pusat jagaan orang tua di Fife, Scotland, Mary berkata dia mahu meluangkan masa dengan keluarga sebelum meninggal dunia.

"Biarpun saya dijaga dengan baik di sini, saya tetap mahukan ahli keluarga saya.

"Ini hak saya. Tolong. Ianya melukakan hati saya, saya nak jumpa anak-anak," ujarnya lagi.

Video rayuan Mary turut dikongsi petugas pusat jagaan berkenan menerusi Twitter - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain