suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Kim Jong-un meninggal dunia? Pelbagai spekulasi bertiup kencang selepas Ri Sol-Ju ‘ghaib’ selama 9 bulan

Pelbagai spekulasi muncul selepas kelibat Ri Sol-Ju tidak kelihatan sejak sembilan bulan lalu. Foto: Getty

SPEKULASI mengenai keadaan kesihatan isteri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un semakin bertiup kencang gara-gara tidak kelihatan di khalayak ramai sejak sembilan bulan lalu, demikian menurut laporan media tempatan.

Ri Sol-ju, 31, kali terakhir dilihat sewaktu perayaan Tahun Baru Lunar bersama Jong-un pada bulan Januari.

Kelibatnya tidak kelihatan sewaktu perarakan ketenteraan di Pyongyang pada 10 Oktober.

Menurut Daily NK, sebuah laman web yang berpusat di Korea Selatan, Sol-ju dikhabarkan sedang menderita sakit.

Laman web itu mempunyai rangkaian dengan pemberi maklumat dalam pemerintahan ala diktator negara berkenaan.

Sementara itu pakar di Selatan telah berspekulasi bahawa Sol-ju sedang bersembunyi daripada Covid-19.

Dia dikatakan mengelak daripada sebarang perhimpunan awam kerana bimbang dengan tahap keselamatan diri dan anak-anaknya.

Sementara itu, sumber yang enggan dinamakan memberitahu Daily NK bahawa wujud juga spekulasi yang hangat diperkatakan di mana wanita itu 'hilang' seketika kerana menjaga ibu saudara Jong-un yang sudah tua.

Ada juga yang mengatakan Sol-ju fokus menjaga anak perempuannya yang masih kecil dan mungkin menguruskan pendidikannya sepenuh masa berbanding menghantarnya ke sekolah. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain