suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada perjumpaan dengan keluarga, rakyat Britain diminta bersedia rai Krismas secara digital

Orang ramai mungkin perlu berhubung dengan ahli keluarga menggunakan teknologi digital bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak berkenaan.

SITUASI semasa Covid-19 memaksa banyak acara dibatalkan di seluruh dunia.

Terbaharu, penduduk Britain turut diberi amaran bahawa Krismas tahun ini mungkin diraikan dalam cara norma baharu, secara maya sahaja.

Ia susulan kes Covid-19 yang berterusan direkodkan di negara berkenaan.

Menurut Jason Leitch, Pengarah Klinikal Kebangsaan kerajaan Scotland, orang ramai mungkin perlu berhubung dengan ahli keluarga menggunakan teknologi digital bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak berkenaan.

"Krismas tak akan berlangsung dengan normal. Tiada perjumpaan besar dengan ahli keluarga.

"Tapi saya harap bilangan kes menurun agar kita boleh kembali hidup seperti biasa," ujarnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain