suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

6 tahun jadi mangsa, kanak-kanak akhirnya bunuh diri selepas perogol dibebaskan

Annaliesse Ugle menjadi mangsa nafsu lelaki berusia 66 tahun itu bermula 2014 sehingga tahun ini.

SEORANG kanak-kanak berusia 11 tahun ditemui mati akibat bunuh diri selepas kecewa apabila lelaki yang didakwa merogolnya dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut dakwaan, Annaliesse Ugle menjadi mangsa nafsu lelaki berusia 66 tahun itu bermula 2014 sehingga tahun ini.

Lelaki itu ditahan dan didakwa atas enam kesalahan dan dijangka dibicarakan semula Disember ini.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan, enam hari selepas ditahan sehingga menyebabkan mangsa kecewa dan membunuh diri.

Mangsa ditemui mati pada Selasa.

Difahamkan, suspek juga merupakan kenalan kepada keluarga mangsa.

Menurut penjelasan terbaharu pihak berkuasa, pegawai yang membebaskan suspek dengan jaminan kini sedang disiasat. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain