suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru sambut hari jadi, pelajar 14 tahun bakal bergelar remaja tertinggi di dunia

Remaja 14 tahun (tengah) sedang dinilai oleh pegawai Guinness World Records. -foto Newsflash

SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun bakal menjadi remaja tertinggi di dunia.

Pelajar sekolah itu, Xiaoyu dari bandar Leshan di wilayah Sichuan di China berdiri lebih tinggi berbanding keluarga dan rakan-rakanya.

Dengan ketinggian 7 kaki 3 inci (221 sentimeter), remaja itu menunggu pengesahan daripada Guinness World Records sebagai remaja lelaki tertinggi di dunia.

Ketinggian terbaharu Xiaoyu dicatatkan pada hari lahirnya yang ke-14 pada Ahad (18 Oktober).

Keadaannya yang begitu besar menyebabkan dia memerlukan perabot yang ditempah khas untuknya.

Pada Ogos lalu, keluarganya mengemukakan permohonan agar Xiaoyu diperakui secara rasmi sebagai Remaja Tertinggi (Lelaki) dalam Guinness Book of World Records. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain