suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

22 hari sukar bernafas, wanita tak percaya kewujudan Covid-19 kini derita di hospital

Belum pulih sepenuhnya, dia kini masih lagi menerima rawatan di hospital di Oklahoma, Amerika Syarikat.

MENCATATKAN bilangan kes yang begitu banyak di seluruh dunia, namun masih ada individu yang tidak percaya kewujudan Covid-19.

Begitu juga dengan Samantha Williamson, 43, yang sebelum ini berkeras bahawa wabak itu tidak wujud.

Namun, segalanya berubah apabila dia sendiri diuji positif sehingga dimasukkan ke hospital.

Bukan itu sahaja, dia turut mengalami masalah pernafasan selama 22 hari akibat dijangkiti wabak itu.

"Saya tak percaya Covid-19. Saya cerita pada semua orang bahawa ia tak wujud. Namun ia betul-betul wujud. Saya adalah buktinya.

"Selepas dijangkiti, saya betul-betul risau akan mati dan kehilangan anak-anak selamanya.

"Jangkitan ini mebuat saya sedar," ujarnya.

Belum pulih sepenuhnya, dia kini masih lagi menerima rawatan di hospital di Oklahoma, Amerika Syarikat. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain