suria

Sembilan sekeluarga temui ajal akibat keracunan makanan gara-gara makan mi disimpan setahun dalam peti sejuk

Kesemua mangsa meninggal dunia selepas menikmati hidangan mi pada 5 Oktober lalu. Foto: Dailystar

SEMBILAN sekeluarga menemui ajal selepas memakan mi yang disimpan di dalam peti sejuk sejak setahun lalu.

Mangsa mengalami keracunan makanan setelah menikmati hidangan mi yang dikenali sebagai Suantangzi, menu makanan Cina tempatan, pada 5 Oktober.

Tujuh mangsa dewasa dari bandar Jixi di wilayah timur laut China, Heilongjiang, meninggal dunia pada 10 Oktober lalu sementara mangsa kelapan pula menyusul dua hari kemudian.

Mangsa terakhir, seorang wanita bernama Li, meninggal dunia pada Isnin baru-baru ini.

Sementara itu tiga kanak-kanak daripada keluarga berkenaan terselamat kerana mereka tidak menyentuh hidangan mi tersebut disebabkan tidak menggemari rasanya.

Pengarah keselamatan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei memberitahu China News Service bahawa keracunan asid bongkrek sering membawa maut.

Gejala keracunan bongkrek biasanya bermula dalam beberapa jam setelah memakan makanan yang tercemar, antaranya mengalami sakit perut, berpeluh, kelemahan genus (genera), dan akhirnya koma. Terdapat juga kes kematian yang berlaku dalam tempoh 24 jam. - Dailystar



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain