suria

Wajah lembaga aneh seperti terbakar muncul dalam klip video selfie dua sahabat

Wajah aneh seperti terbakar muncul dalam klip video selfie dua sahabat.

SEORANG wanita terkejut apabila menonton rakaman klip video milik rakannya yang memaparkan penampakan sosok wajah misteri di belakangnya.

Pelayar Reddit, Princesslina87 yang memuat naik video tersebut berkata dia menerima video selfie daripada rakannya, di mana ia memaparkan wajah misteri berwarna merah seperti terbakar, muncul betul-betul di belakang bahu rakannya itu.

Dalam perkongsian tersebut dia menulis: "Sesuatu dengan wajah merah muncul di belakang rakan saya.

"Dia (rakan) sedang minum dan tidak ada orang lain di dalam bilik itu ketika bersama seorang lagi rakan. Ia secara rawak muncul di belakangnya".

Terdahulu, klip video itu memaparkan dua wanita sedang berselfie sambil ketawa.

Beberapa saat sebelum ditamatkan, muncul sosok aneh di belakang salah seorang wanita, yang kelihatan berwarna merah seperti terbakar.

Video tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan pelayar, dengan ada yang mengatakan rumah berkenaan mempunyai 'semangat jahat'. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain