suria

Lelaki bawa pisau panjat Menara Trump, ugut mahu potong tali jika gagal jumpa presiden AS

Menerusi foto yang dikongsi, dia tergantung pada tingkat 16 menara yang berketingguan 98 tingkat itu.

SEORANG lelaki dirakam sedang memanjat Menara Trump di Chicago, Amerika Syarikat.

Selain membawa pisau, lelaki itu turut merayu mahu bercakap dengan presiden Donald Trump.

Difahamkan, lelaki Asia itu mengugut mahu memotong tali yang dipegangnya dengan pisau jika keinginannya tidak dipenuhi.

Menerusi foto yang dikongsi, dia tergantung pada tingkat 16 menara yang berketinggian 98 tingkat itu.

Tergantung hampir sejam, anggota polis dan bomba turut kelihatan di lokasi kejadian.

Malah, ramai orang awam turut berkumpul untuk menyaksikan kejadian itu.

Menjelang malam, orang ramai mula meninggalkan lokasi kejadian.

Menurut kenyataan polis, mereka mengesahkan kejadian itu.

Namun, mereka enggan mejelaskan sebarang butiran mengenai nasib lelaki berkenaan sekiranya dia sudah diselamatkan mahupun ditahan oleh pihak berkuasa. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain