suria

Mahu ubah persepsi jantina, bapa 3 anak kerap gayakan skirt bersama selipar tumit tinggi ke pejabat

Rata-rata pengikut Instagram turut memuji gaya yang dipamerkan lelaki itu.

LAIN dari yang lain.

Begitulah kisahnya mengenai bapa kepada tiga cahaya mata, Mark Bryan yang kerap memakai skirt dan selipar tumit tinggi.

Ujar lelaki dari Jerman itu, dia berkelakuan sedemikian bagi mengubah persepsi orang ramai mengenai jantina.

"Saya tiada niat negatif. Saya suka bergaya seperti wanita profesional.

"Pada saya, pakaian tiada jantina. Saya suka gaya maskulin pada bahagian atas dan feminim di bawah," ujarnya.

Kerap bergaya dengan cara itu ke pejabat, dia yang rajin berkongsi foto di media sosial turut meraih peminat tersendiri.

Malah, rata-rata pengikut Instagram turut memuji gaya yang dipamerkan lelaki itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain