Mimpi ngeri! Bayar lebih RM250 tapi kek sempena hari jadi suami seperti dibuat oleh kanak-kanak

Seorang isteri kecewa apabila kek yang ditempah kelihatan seperti dihasilkan oleh seorang kanak-kanak. Foto: BiPM Media

SEORANG wanita yang menempah kek sempena hari lahir buat suaminya terpaksa menanggung kerugian gara-gara kek yang diterima tidak seperti yang diinginkan.

Sam Faulkner dari Reading, England menghubungi seorang pembuat kek tempatan dan memintanya membuat dekorasi kek sebagaimana yang dihasilkan oleh kedai terkemuka, Caker Street.

Dia membayar £50 (RM 268) selepas pembuat kek tersebut bersetuju untuk mengambil tempahannya.

Kek yang ditempah untuk hari jadi suaminya yang ke-30 sepatutnya berlatarkan warna biru air tasik yang dihiasi dengan dekorasi ikan melompat, batang pancing, jeti kecil, tumbuhan dan papan tanda bertulis 'Selamat Hari Jadi'.

Namun Sam tidak dapat menahan rasa kecewanya apabila melihat rupa kek yang ditempah itu seperti dibuat oleh kanak-kanak, dan jauh berbeza dengan apa yang diinginkannya.

Selepas ibu Sam, Sue Faulkner memuat naik mengenai insiden malang itu di media sosial, mereka dihubungi oleh ramai individu yang mengakui mengalami nasib yang sama sebelum ini.

Keluarga itu juga berusaha menghubungi pembuat kek berkenaan tetapi mereka disekat dan halaman Facebooknya juga sudah dipadam.

Sam telah berjaya mendapatkan kembali £ 15 (RM 80) namun dia membawa kes itu kepada Piawaian Perdagangan kerana tidak mahu orang lain turut menjadi mangsa. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain