suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ngeri! Lelaki penggal kepala isteri, letakkannya di depan pintu rumah 'kekasih gelap' wanita itu sebelum menyerah diri

Lelaki tersebut meletakan kepala isterinya di depan pintu rumah kekasih gelap wanita itu, sebelum menyerah diri kepada polis. Gambar hiasan

MENGERIKAN! Seorang lelaki di Telangana, India memenggal isterinya dan meletakkan kepala pasangannya itu di hadapan pintu seorang lelaki yang didakwanya kekasih gelap wanita itu.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di daerah Sangareddy, pada malam Rabu.

Menurut polis, Jurru Sayilu memenggal kepala isterinya Amshamma dengan kapak di rumah mereka yang terletak di sebuah kampung di Anantasagar.

Suspek kemudian membawa kepala yang terputus itu ke Narayankhed, iaitu kira-kira lima kilometer dari rumah mereka, dan meletakkannya di depan pintu rumah seorang lelaki yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Pegawai polis Narayankhed, Ravinder Reddy mengatakan Sayilu curiga bahawa isterinya mempunyai hubungan intim dengan lelaki lain dan ia menjadi punca pertengkaran mereka selama ini, sehinggalah kemuncaknya, lelaki itu memenggal kepala isterinya dengan kapak.

Polis berkata Sayilu melemparkan mayat tanpa kepala itu di semak berhampiran rumahnya dan membawa kepala ke Narayanakhed. Suspek kemudian pergi ke balai polis dan menyerah diri. - India.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain