suria

Influencer sado maut akibat Covid-19 selepas beritahu ‘Covid tak wujud’ kepada sejuta followers

Dmitriy Stuzhuk mempunyai lebih sejuta pengikut di laman sosia. Foto instagram stuzhuk_dmitriy

SEORANG influencer kecergasan yang menyangka Covid-19 tidak wujud, meninggal dunia akibat virus itu pada usia 33 tahun.

Bapa tiga anak itu, Dmitriy Stuzhuk membuat rakaman video dari hospital apabila dijangkiti virus tersebut selepas berkunjung ke Turki.

Bekas isterinya, Sofia Stuzhuk, 25, kemudian mengumumkan bahawa Dmitriy meninggal dunia berikutan virus itu memberi komplikasi pada jantungnya.

Menurut Dmitriy, dia mengalami kesukaran untuk bernafas semasa berada di Turki.

Influencer warga Ukraine itu kemudian memuat naik satu video kepada sejuta pengikutnya di laman sosial: "Saya mahu berkongsi bagaimana saya jatuh sakit dan memberi amaran keras kepada semua orang,

"Saya adalah orang yang menyangka Covid-19 tidak wujud... sehingga saya jatuh sakit," katanya.

Menurut laporan The Sun, Dmitriy disahkan positif dan dimasukkan ke hospital selepas kembali ke Ukraine.

Terdahulu, Dmitriy discaj dari hospital tetapi dimasukkan semula selepas beberapa jam untuk menerima rawatan.

Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain