suria

Sendirian di rumah, wanita terkejut lihat dua entiti misteri menerusi refleksi di kaca mata

Ujar wanita itu, dia pernah dimaklumkan bahawa ada roh kanak-kanak yang mengikutinya.

SEORANG wanita ketakutan apabila dia mendakwa terlihat dua individu tidak dikenali di dalam rumahnya.

Kata Sara Medeiros, kelibat itu dilihat menerusi refleksi pada kaca mata selepas dia merakam swafoto untuk dihantar kepada teman lelakinya.

Ujar wanita itu, tiga anaknya tiada di rumah sewaktu kejadian berlaku.

Ujarnya lagi, dia hanya menyedari hal itu selepas menghantar foto berkenaan kepada teman lelakinya.

"Saya berada di dapur menghadap ruang makan. Sepatutnya ada refleksi ruangan dapur dan meja makan.

"Namun bukan itu yang saya nampak. Kelihatan dua budak lelaki dalam refleksi itu.

"Kini saya betul-betul percaya kewujudan hantu. Sebelum ini saya pernah dimaklumkan ada roh budak yang mengikuti saya," ujarnya lagi.

Berkongsi hal itu di internet, ia turut mencetuskan perdebatan dan meraih perhatian ramai.

Lokasi kediaman wanita itu bagaimanapun tidak didedahkan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain