suria

Wanita alami kemurungan tolak bekas rakan sekerja ke dalam kolam takungan sebelum kedua-duanya mati lemas

Rakaman CCTV yang merakam insiden tragis membabitkan dua bekas rakan sekerja. Foto: Xuanwo Video

SEORANG wanita bertindak menolak rakannya ke dalam kolam takungan sebelum kedua-dua mereka ditemukan mati lemas.

Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), dua wanita itu sedang berdiri di tebing sebuah takungan di Nanjing, China sebelum salah seorangnya tunduk untuk mengikat tali kasut.

Namun tidak semena-mena, seorang lagi wanita bertindak menolak rakannya itu dari belakang dan kedua-duanya terjatuh.

Foto di mana pihak berkuasa menemukan mayat kedua-dua wanita berkenaan selepas operasi menyelamat turut tersebar.

Rakaman CCTV peristiwa yang berlaku pada Rabu lalu itu menjadi tular di China, dengan siasatan dilancarkan pada keesokan harinya.

Video tersebut telah dikongsi di laman ala Twitter versi China, iaitu Weibo, dengan klip itu telah ditonton lebih daripada 500 juta kali sehingga kini.

Pelbagai spekulasi bertebaran susulan kejadian mengejutkan itu. Laporan media tempatan menyatakan wanita yang menolak rakannya itu mengalami kemurungan dan sedang dalam rawatan.

Kedua-dua wanita itu juga dikatakan bekas rakan sekerja.

Polis dijangka akan mendedahkan butiran siasatan berhubung kedua-dua kes kematian berkenaan kemudian. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain