suria

Menyayat hati! Kanak-kanak 8 tahun maut terkena peluru sesat ketika sedang buat kerja sekolah, ganjaran lebih RM40 ribu ditawarkan kepada pemberi maklumat

Timiya menghembuskan nafas terakhir selepas enam hari bertarung nyawa. Foto: CBS2

MENYAYAT hati! Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun maut terkena peluru sesat ketika sedang menyiapkan kerja sekolah di ruang tamu rumahnya di Chicago.

Timiya Andrews yang terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat, meninggal dunia pada Rabu, iaitu enam hari selepas terkena peluru sesat itu di kepala.

Kanak-kanak itu sedang melakukan kerja sekolahnya ketika seorang lelaki bersenjata berdiri di sebatang jalan berhampiran rumahnya dan melepaskan tembakan, dengan satu peluru sesat menembusi sisi rumah Timiya dan mengenai kepalanya.

Polis percaya penembak berkenaan menyasarkan objek lain sebelum secara tidak sengaja tertembak Timiya.

Gadis malang itu dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Comer University of Chicago dan dirawat selama enam hari dalam unit rawatan intensif, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Detektif sedang giat menyiasat kes Timiya, tetapi gagal menemui sebarang petunjuk dan suspek belum dapat dikesan.

Ganjaran sebanyak $ 10,000 (RM41,570) telah ditawarkan kepada pemberi maklumat sehingga membawa kepada penangkapan pembunuh Timiya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain