suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara mahu bersihkan kerongkong, lelaki tertelan berus gigi hingga terpaksa dibedah!

Doktor berjaya mengeluarkan sebatang berus gigi daripada perut seorang pesakit. Foto: SWNS

SEBATANG berus gigi berjaya dikeluarkan daripada perut seorang lelaki menerusi satu pembedahan, selepas pesakit berkenaan tertelan ketika membersihkan kerongkongnya.

Doktor di Bakin Pertin General Hospital, Pradesh, India mengeluarkan berus gigi sepanjang 19 sentimeter (cm) menerusi satu pembedahan yang mengambil masa selama 30 minit.

Kejadian berlaku pada 15 September lalu ketika pesakit yang berusia 39 tahun itu menggosok giginya.

Pesakit pada mulanya dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran, namun klinik berkenaan terus merujuknya ke hospital.

Hasil ujian sinar-X gagal menemui berus gigi pada bahagian kerongkong lelaki itu - menyebabkan doktor menyimpulkan bahawa ia berada di dalam perutnya.

Satu pembedahan kecil dilakukan dan berus gigi itu berjaya dikeluarkan.

Pesakit berkenaan pulih dan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari kemudian. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

berus gigi, perut, pembedahan

Artikel Lain