suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu berang selepas dapat tahu bayinya disusukan jiran!

Seorang wanita berang selepas mendapat tahu ada wanita lain yang menyusukan bayinya.

SEORANG wanita mendedahkan dirinya terpedaya dengan penipuan seorang jiran yang meminta dia menyusukan bayi miliknya sehingga beberapa minggu.

Wanita yang juga ibu kepada bayi berusia 24 bulan itu mendakwa dia didatangi oleh seorang jiran lelaki yang baharu berpindah bersama seorang bayi berusia lima bulan.

Jiran tersebut memberitahu bahawa ibu kepada bayi kecil itu tiada bersama, lalu meminta wanita berkenaan menyusukannya.

Berasa kasihan kerana menyangka jirannya seorang bapa tunggal, wanita itu bersetuju walaupun agak keberatan pada mulanya.

Namun tidak lama kemudian, ibu kepada bayi tersebut muncul dan berang selepas mendapat tahu bayinya disusukan oleh orang yang tidak dikenali.

"Dia kata saya tak waras kerana menyusukan bayi yang tak dikenali dan cuba memusnahkah ikatan (bonding) antaranya dengan bayi tersebut," dakwa wanita itu dalam perkongsiannya di laman Reddit.

Sebahagian pelayar menyuarakan rasa simpati, namun ada segelintir daripadanya menyalahkan wanita berkenaan kerana menyifatkan apa yang dilakukannya sangat aneh. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

jiran, susu, bayi, berang

Artikel Lain