suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taktik kotor terbongkar, kilang jual semula kondom terpakai akhirnya diserbu

Pemilik kilang menerima bekalan kondom terpakai setiap minggu daripada pembekal yang tidak dikenali.

SEBUAH kilang di Hanoi, Vietnam diserbu kerana menjual semula kondom terpakai.

Dalam serbuan itu, polis menemui lebih 300,000 kondom yang sedang dalam proses pembersihan sebelum dijual semula kepada pelanggan.

Kata pemilik kilang, Pham Thi Thanh Ngo, kondom tersebut akan dibersihkan sebelum ia dibentuk semula, dibungkus dan dijual.

Menurut salah seorang detektif yang terlibat dalam kes itu, wanita berkenaan menerima bekalan kondom terpakai setiap minggu daripada pembekal yang tidak dikenali.

Malah, tindakan itu juga disifatkan cukup berbahaya memandangkan ia membawa risiko penularan penyakit jangkitan seksual dalam kalangan pelanggan yang terbeli kondom-kondom berkenaan. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain